Wednesday, October 17, 2012

KUIH BAKUL






Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Bahan

  • 250 gm tepung pulut, diayak
  • 250 ml air
  • 280 gm gula pasir
  • Daun pisang, dilayur
  • 4-5 tin/loyang berukuran 10 cm
  • Tali rafia/hem untuk mengikat

Cara membuat

  1. Gaulkan tepung pulut dengan air hingga sebati. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Biarkan selama 15 minit.
  2. Alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).
  3. Didihkan air dan kemudian kecilkan api.
  4. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 7-8 jam. Pastikan air yg ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin / kain kasa agar wap air tidak menitik ke atas kuih.
  5. Bila kuih masak, ia akan berwarna kecoklatan. Biar semalaman sebelum mengeluarkan ia dari tin.

LEMANG




Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. [1], [2] Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. [3]
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. [4]. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, [5] dan suku Semai.[6]

Resepi

Bahan-bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

MURUKU



Resepi Murukku

BAHAN-BAHAN:
Cara menghasilkan tepung kacang Ulundu/ Urad Dhal.
300 gm kacang tosai(putih kekuningan). Goreng kering di dalam kuali se hingga warnanya berubah keperangan. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING sehingga jadi tepung dengan menggunkan pengisar(blender) sekiranya terdapat kasar sedikit dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai ini.
  • 1 cawan (cup) tepung kacang Ulunthu.
  • 4 cawan tepung beras.
  • 2 sudu buter atau majerin lembut.
  • 1 sudu kecil biji rempah jemuju/ oregano. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50 sen).
  • 1 sudu bijan.
  • 1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).
  • 2 cawan air suam.
  • Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)
  • Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)
CARA-CARA:
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas.  Sebatikan butter/majerin dengan tepung.
  2. Masukkan air suam ke dalam bekas. Jadikan tepung doh yang lembut. Sekiranya doh anda terlalu keras, tambahkan sedikit air. Doh yang keras sukar dan mudah putus semasa memutar dalam acuan murukku.
  3. Pilih acuan mrukku yang anda kehendaki. Masukkan acu pilihan anda ke dalam alat membentuk  murukku.  Masukkan sedikit doh ke dalam alat acuan murukku. Tutup penutupnya.
  4. Ambil Alluminium foil atau sehelai plastik (beg plastik) sederhana lebar dan sapukan minyak supaya murukku anda tidak melekat dan senang dijatuhkan kedalam minyak panas.
  5. Acuan muruku datang dengan berbagai bentuk (putu mayom dibuat dengan alat murukku ini tapi cuma acuannya yang berlainan).
  6. Bab nak putar murukku ini memang kekok pada mulanya, tetapi lama-kelaman ia amat mudah dan “Fun”. Mula pusing/tekan perlahan alat murukku anda dengan mulakan dengan membuat bulatan pertama yang kecil di atas foil alluminium anda diikuti dengan pusingan bulatan kedua, ketiga dan ikut sais anda perlukan. Penghujung perlu ditekan pada murukku supaya ia tidak terbuka semasa goreng.
  7. Panaskan minyak dalam kuali sehingga panas dan masukkan murukku satu persatu dengan angkat murukku dari atas aluminium foil dengan cermat dan masukkan perlahan-lahan dalam minyak panas. Tentukan murukku baru masukkan dan telah masak tidak melekat diantara satu sama lain.
  8. Murukku yang telah masak senang untuk kenal pasti. Apabila murukku yang sedang masak telah berhenti mengeluarkan gelombong udara(air bubbles) maka murukku tersebut telah masak. Gelombong udara tersebut adalah wap air yang dibeskan oleh murukku tersebut.
  9. Sejukkan dalam beberapa minit dan simpan murukku anda dalam bekas kedap udara.


Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang  Ulunthu dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran. Alat cara menekan doh murukku lebih murah (RM5.00 – RM7.00), tetapi memerlukan teknik yang baik dan tenaga yang banyak. Alat murukku pemutar tangan pula mudah dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak tetapi harganya mahal sedikit